Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Transformasi Kad Pengenalan Malaysia

Hallo.

Kepada mereka-mereka yang lahir selepas tahun gajah, pasti tidak mengetahui bagaimana rupanya Kad Pengenalan dahulu kala. Haha. Jadi posting kali ini memaparkan transformasi menyeluruh (macam Akademi Fantasia la pulak) rupa bentuk Kad Pengenalan negaraku Malaysia bermula dari yang pertama sehingga yang terkini.

Enjoy!!

Kesan gula kepada kesihatan



Semanis gula. Itulah istilah yang pernah kedengaran di sana sini. Memang gula tu manis, dan semanis gula itulah yang menyebabkannya bertukar menjadi racun kepada tubuh badan kita. Isu gula banyak kali diperdengarkan kepada kita semua. Tapi adakah kita mengambil pengajaran?

Dalam menghadapi krisis kekurangan bekalan gula, para pengguna disarankan agar mengurangkan pengambilan gula memandangkan rakyat Malaysia didapati mengambil gula secara berlebihan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2005, didapati bahawa rakyat Malaysia mengambil 125 gram atau 26 sudu teh gula sehari, melebihi daripada jumlah yang disarankan iaitu 50 gram atau 10 sudu teh sehari.Terdapat pelbagai kesan kepaa kesihatan akibat daripada pengambilan gula secara belebihan. Di sini di sertakan 30 akibat daripada pengambilan gula secara berlebihan dalam badan.

1) Melemahkan system imunisasi (melawan penyakit)


2) Mengganggu imbangan galian dan mineral dalam tubuh


3) Meningkatkan paras adrenalin dalam kalangan kanak-kanak yang menyebabkan mereka menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.


4) Menyebabkan kanak-kanak berasa mengantuk dan kurang cergas


5) Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.


6) Merosakkan buah pinggang


7) Menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser tubuh


8) Menjadi faktor utama kepada kanser pundi hempedu


9) Melemahkan penglihatan


10) Penyebab kepada perut berasid


11) Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari


12) Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut


13) Merosakkan gigi


14) Penyumbang utama masalah kegemukan (obesiti)


15) Penyebab lelah


16) Penyebab sakit apendiks


17) Mengurangkan hormon tumbesaran


18) Meningkatkan tekanan darah sistolik


19) Meningkatkan kolestrol dalam badan


20) Penyumbang utama kepada kencing manis


21) Penyebab keracunan darah semasa hamil


22) Melemahkan struktur DNA


23) Meningkatkan paras lemak dalam hati


24) Menyebabkan saiz buah pinggang membesar


25) Penyebab sembelit


26) Penyebab rabun jauh


27) Penyebab hipertasi


28) Penyebab sakit kepala


29) Penyebab kemurungan


30) Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.


Sumber: Buletin Pengguna

Ketam terbesar di dunia

Eh, apa benda yang tengah memanjat pokok kelapa tu? Adakah beliau seekor tupai? Ataupun monyet? Nampak seakan-akan labah-labah. Haha. Salah jawapan anda kerana itu adalah merupakan seekor ketam. Ketam yang pandai memanjat pokok kelapa. Lagi la bertambah hairannya aku.

Ketam boleh panjat pokok ker? Aduh, susah nak jawab persoalan tu. Tapi aku nak perkenalkan ini adalah merupakan spesis ketam yang paling besar di dunia. Ia digelar sebagai Ketam Kelapa (Coconut Crab). Mungkin kerana hobi beliau suka memanjat pokok kelapa, barangkali sebab itulah para saintis yang amat genius di muka bumi ini memberikan gelaran tersebut kepada ketam itu.

Jadi jom layan gambo ketam ni. Eh, pandai pulak ketam ni bergambo yek? Besar atau tidak, korang nilaikan sendiri.



Sumber: www.environmentalgraffiti.com