Ustaz Azhar Idrus

Salam Aidilfitri

Alasan balik awal

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna. Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;
Mula-mula seorang kerani biasa; Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak? Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya! Kemudian, datang pula seorang supervisor; Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss? Boss : Hang apa pasai?? Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng… Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok! Pengurus Syarikat pula mencuba nasib; Pengurus : Boss! Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker? Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He! Boss : Alasan apa lak ngko nie? Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal? Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja! Tiba pula giliran Mat Peon; Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak? Boss : Naper? Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang! Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!! Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!



Poses kejadian alam dari pandangan Al-Quran

Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini.

Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hambaNya. Kelemahan manusia sungguh banyak contohnya kita tidak boleh menjelajah jauh ke seluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada pada ketika itu. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. JawapanNya diterangkan di dalam al Quraan melalui RasulNya. Di dalam al Quraan yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
al Anaam: 73

Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam al Quran. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?"

Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta (Dr.Zakaria Awang Soh,1990)

~ Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang wujud) tunggal.
~ Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.
~ pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan jirim (ordering matter)

Perkataan "ratq" membawa maksud memadukan unsur-unsur menjadi satu jasad yang padu. Jasad yang padu inilah yang menjadi asal mula alam. Perkataan "fatq" membawa maksud dipisahkan atau dipecahkan. Jasad yang padu tadi kemudiannya melalui proses pemisahan. Bagaimana proses pemisahan itu tidak dapat dijelaskan. Jika dilihat kepada alam semesta yang wujud hari ini menggambarkan proses pemisahan ini berlaku dalam satu kuasa pemisahan yang sungguh hebat dan amat kuat.

Proses pembentukan alam ini berlaku secara bertahap-tahap selepas dari pemishan itu. Hal ini seperti yang disebut di dalam alQuraan yang bermaksud;

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa keduanya menjawab 'kami datang dengan suka hati' Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
Fushilat : 11-12

Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam alQuraan

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)."
AlQamar :49

Manakala alam semesta yang diciptakan oleh Allah ini sentiasa mengembang atau keluasan alam ini sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Ini bermaksud segala apa yang ada di alam ini sentisa bertambah terhadap masa. FirmanNya bermaksud:

"Dengan kemahiran dan kekuasaan Kami, Kami bangunkan langit dan Kami kembangkannya"
Azariat : 4

Wallahualam...

Interview with Valentino Rossi - Sepang 2010

The Yamaha press machine gets underway for the new MotoGP season in Sepang this week. The Fiat Yamaha team have released a number of Q&A’s with the racers, and key members of the team.

This is the Valentino Rossi Q&A session. The video version of this interview with Valentino Rossi can be found at the bottom of this post.

What have you been doing during the off-season? How much training and how much holidaying?
It’s been split 50/50 between holidaying and training. The training during the winter is different compared to the summer, but it’s best not to stop training – it makes it more difficult to restart if you do stop.

How do you prepare for a new season? Is it more important to work on your fitness these days?
The physical preparation is very important for MotoGP, because you need power and resistance for the 45 minutes of the race, so I train at the gym as usual but at the same time I also try to train with the bike, or motocross or supermotard so as not to lose the feeling with the throttle or the brake.

At almost 31 years of age, do you think you’re still improving as a racer, or do you think you have reached the peak of your talents?
On February 16 I will be 31 years old! If you think you are at the top you have a big problem, because you always need to improve your style and speed, and try to adapt to the new bike, new tyres and new regulations and try to be that little bit faster than the year before.

Who do you think will be tougher to beat this season – Jorge Lorenzo, Casey Stoner or Dani Pedrosa? Why?
It’s very difficult to understand who will be the main rival in 2010, because Jorge, Stoner and Pedrosa have all demonstrated in the past that they’re able to win Championships, are fast in all conditions at every track, and throughout the season. We also need to wait to see what level the bikes are at in 2010, but I think all three riders will be very difficult to beat.

You have made no secret of the fact that you’re not happy about the new engine rule restricting the amount of engines that can be used in a season. How would you change it if you could?
I think it will be a difficult rule or everybody because only six engines for one season is not enough – it’s very tight. If we had eight, or ten, it would be easier and less risky. But this is the rule, so all the manufacturers have to adapt to this rule, and also all the riders have to pay attention and try to save the engines throughout the end of the season.

Last year you made more mistakes than we’ve become accustomed to seeing you make. Do you think this was to do with the level your rivals pushed you to?
In 2009 I made three mistakes in races. That’s a lot, but two of them were because I had slick tyres in wet conditions. After the mistake in Indianapolis, which was the worst of the season, we will try and do much better in 2010.

What developments have you personally asked to be made to the M1 this season?
We’ve tried to improve the M1 in two ways. Firstly the chassis: we’ve tried to improve the stability of the M1 and create better grip. The second improvement is the engine, because we need a little bit more horsepower. At the same time we need to adjust to working with six engines for 18 races. So we need a little bit more horsepower but at the same time longer life for the engine.

What’s your opinion about Ben Spies? Do you think he can be a threat to the current ‘Big Four’ as many people say he will be?
A lot of people are waiting to see Ben Spies, to see his level. He’s the world superbike champion so it will be very interesting to see him in MotoGP. I think Ben has great potential, is a good rider, and is fast and brave. But I hope he will be a little bit slower compared to me, Jorge, Stoner and Pedrosa because four of us is already a lot!

What are your thoughts about the news of 1000cc engines returning in two seasons’ time? Is that an exciting prospect that makes you want to commit to MotoGP for even longer?
It will be interesting, and I’m quite happy because I liked 1000cc in the past. Now we have to understand the rules of these new bikes and new engines, and see if it’s possible to build an engine that is fast and fun to ride like in 2006.

Following your recent Ferrari F1 test, people are asking once again if you will move to F1. What do you say about this and how do you expect Ferrari to do this year?
I completed another test with the Ferrari F1 in Barcelona, and it was great. I enjoyed it a lot and did some quite good lap times, but I think it will be very difficult to see me in F1.

What do you think about Schumacher returning to F1?
I think it will be interesting to see his speed, after three years out.

Is what Schumacher is doing something you could see yourself doing: that is, leaving MotoGP for a few years and then returning, or do you think that when you do decide to retire it will be for good?
It’s a difficult question, I don’t know. A lot of great sportspeople come back, like Michael Jordan or Lance Armstrong.

When do you expect to make a decision about your future?
I think more or less during the summer. It’s possible I’ll decide what will happen with me in 2011 then.

Can you shed any light on what you’re planning?
On my future, I haven’t decided yet.


Source: Motogp.net

Transformasi Kad Pengenalan Malaysia

Hallo.

Kepada mereka-mereka yang lahir selepas tahun gajah, pasti tidak mengetahui bagaimana rupanya Kad Pengenalan dahulu kala. Haha. Jadi posting kali ini memaparkan transformasi menyeluruh (macam Akademi Fantasia la pulak) rupa bentuk Kad Pengenalan negaraku Malaysia bermula dari yang pertama sehingga yang terkini.

Enjoy!!

Kesan gula kepada kesihatan



Semanis gula. Itulah istilah yang pernah kedengaran di sana sini. Memang gula tu manis, dan semanis gula itulah yang menyebabkannya bertukar menjadi racun kepada tubuh badan kita. Isu gula banyak kali diperdengarkan kepada kita semua. Tapi adakah kita mengambil pengajaran?

Dalam menghadapi krisis kekurangan bekalan gula, para pengguna disarankan agar mengurangkan pengambilan gula memandangkan rakyat Malaysia didapati mengambil gula secara berlebihan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2005, didapati bahawa rakyat Malaysia mengambil 125 gram atau 26 sudu teh gula sehari, melebihi daripada jumlah yang disarankan iaitu 50 gram atau 10 sudu teh sehari.Terdapat pelbagai kesan kepaa kesihatan akibat daripada pengambilan gula secara belebihan. Di sini di sertakan 30 akibat daripada pengambilan gula secara berlebihan dalam badan.

1) Melemahkan system imunisasi (melawan penyakit)


2) Mengganggu imbangan galian dan mineral dalam tubuh


3) Meningkatkan paras adrenalin dalam kalangan kanak-kanak yang menyebabkan mereka menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.


4) Menyebabkan kanak-kanak berasa mengantuk dan kurang cergas


5) Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.


6) Merosakkan buah pinggang


7) Menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser tubuh


8) Menjadi faktor utama kepada kanser pundi hempedu


9) Melemahkan penglihatan


10) Penyebab kepada perut berasid


11) Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari


12) Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut


13) Merosakkan gigi


14) Penyumbang utama masalah kegemukan (obesiti)


15) Penyebab lelah


16) Penyebab sakit apendiks


17) Mengurangkan hormon tumbesaran


18) Meningkatkan tekanan darah sistolik


19) Meningkatkan kolestrol dalam badan


20) Penyumbang utama kepada kencing manis


21) Penyebab keracunan darah semasa hamil


22) Melemahkan struktur DNA


23) Meningkatkan paras lemak dalam hati


24) Menyebabkan saiz buah pinggang membesar


25) Penyebab sembelit


26) Penyebab rabun jauh


27) Penyebab hipertasi


28) Penyebab sakit kepala


29) Penyebab kemurungan


30) Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.


Sumber: Buletin Pengguna